08/02/2012

Pengajian Tafsir Al-Jilani

Siri pengajian tafsir kitab al-jilani bersama Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Banteni yang diadakan di Madrasah Darul Muhajirin ini adalah merupakan siri pengajian dwi-bulanan. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan.
Pengajian siri 1 ini telah diadakan pada 8 dan 9 Julai 2011. Majlis yang bermula pada pagi jumaat ini berakhir pada hari sabtu.  Pada sebelah malamnya diadakan majlis penutup yang diserikan lagi dengan bacaan qasidah dan dibaie oleh pelajar-pelajar Darul Muhajirin.

 

This slideshow requires JavaScript.

06/06/2011

Majlis bersama Syeikh Youssef Rek El-Bakhour Al-Hasani

Lawatan pertama kali Syeikh Youssef ke Madrasah Darul Muhajirin disambut dengan alunan solawat dan kemudian diiringi pula beberapa qasidah oleh pelajar-pelajar.

Kedatangan beliau ke pondok ini adalah bagi mengisi undangan dari pihak Madrasah Darul Muhajirin yang berkebetulan dengan kedatangan beliau ke Kuala Terengganu ini bagi mengadakan program daurah kitab yang akan diadakan di Madrasah Al-Hidayah, Batu Burok selama dua hari yang bermula dari 1 & 2 April 2011

majlis bersama Syeikh Youssef

Para pelajar dan jemaah mendengar tausiyah oleh as-Syeikh

Dalam majlis singkat ini, tausiyah beliau adalah berkisar tentang keluarga ahlul bait dan diterjemahkan oleh salah seorang murid beliau iaitu Syed Hafiz Al-Aidrus.

This slideshow requires JavaScript.

29/03/2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H di Madrasah Al-Hidayah

Majlis ini diadakan pada 25 Feb 2011 di perkarangan madrasah. Majlis bermula lepas dari solat isya’. Dijangka kehadiran semalam dianggarkan mencecah 1000 orang. Sambutan dikalangan pengunjung yang terdiri orang awam dan remaja amat menggalakkan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.